TARIKH: 10 FEB. 2012
HARI: JUMAAT
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN SKPTM
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Friday, 9 March 2012
Friday, 30 September 2011
PROGRAM MENTOR MENTEE PRS - 3 ELIT
Program Mentor Mentee 2011 yang dilaksanakan bermula pada 3 Ogos 2011 sehingga 26 Ogos 2011 telah berjalan lancar. Program ini diadakan pada bulan Ramadhan memandangkan murid tiada aktiviti semasa waktu rehat. Mentor terdiri daripada 14 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya manakala Mentee terdiri daripada 14 orang murid kelas 3 Elit. Program diadakan pada waktu rehat iaitu bermula pada pukul 10.10 pagi sehingga 10.30 pagi di kelas 3 Elit. Aktiviti diadakan semasa matapelajaran Bahasa Melayu iaitu pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
Perjumpaan pertama diisi dengan sesi suai kenal di antara Mentor dan Mentee. Di antara bimbingan yang dilaksanakan oleh para Mentor adalah membimbing murid-murid iaitu Mentee daripada kelas kategori lemah ini mengisi maklumat diri, membimbing dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dari segi penguasaan pembacaan dan pemahaman menggunakan buku teks. Para Mentee memberi kerjasama yang baik terhadap Mentor mereka walaupun para Mentor merupakan murid Tahun 4 dan Tahun 5. Memandangkan para Mentee terdiri daripada murid kategori lemah, maka Mentor member penekanan terhadap penguasaan membaca di kalangan murid.
Secara ringkas Program Mentor Mentee 2011 yang telah dilaksanakan telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Saturday, 24 September 2011
KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010 - 4 MAC 2010
TARIKH: 11 OGOS 2010
HARI: KHAMIS
MASA: 10.10 pagi – 10.30 pagi
TEMPAT: Bilik Bimbingan & Kaunseling
KEHADIRAN: 30 ORANG
Satu kursus ringkas tentang Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan pada 4 Mac 2010 pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Ceramah disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Cik Kamisah bt Kechil. Murid-murid adalah terdiri daripada ahli-ahli baru dan lama PRS yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Ahli-ahli PRS 2010 terdiri daripada murid dari kelas awal iaitu Amanah, Bestari, dan Cekal. Kehadiran menggalakkan. Murid-murid memberi perhatian memuaskan terhadap taklimat yang disampaikan serta bersemangat menjadi ahli PRS bagi sesi 2010. Taklimat yang disampaikan menggunakan slide power point berjaya menarik minat murid.
Antara isi kandungan taklimat yang disampaikan ialah ciri-ciri yang perlu ada pada diri seorang PRS seperti penampilan diri, sikap dan disiplin diri, perubahan sikap yang positif ataupun sikap diri yang lebih baik sebelum membantu orang lain dan sebagainya. Murid-murid juga dimaklumkan tentang bagaimana mereka dapat membantu rakan mereka dari segi akademik, sosial, peribadi, disiplin dan lain-lain aspek diri. Murid juga didedahkan tentang kemahiran-kemahiran yang perlu ada sebagai seorang PRS seperti kemahiran asas berkomunikasi, mendengar dan empati terhadap rakan yang lain. Selain itu, ahli-ahli PRS ini juga didedahkan tentang teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan-rakan dan berupaya membantu rakan dengan lebih berkesan. PRS ini juga seterusnya dimaklumkan tentang kepentingan membina budaya saling bantu-membantu, hormat menghormati dan kasih mesra antara rakan dan masyarakat sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)