Program Mentor Mentee 2011 yang dilaksanakan bermula pada 3 Ogos 2011 sehingga 26 Ogos 2011 telah berjalan lancar. Program ini diadakan pada bulan Ramadhan memandangkan murid tiada aktiviti semasa waktu rehat. Mentor terdiri daripada 14 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya manakala Mentee terdiri daripada 14 orang murid kelas 3 Elit. Program diadakan pada waktu rehat iaitu bermula pada pukul 10.10 pagi sehingga 10.30 pagi di kelas 3 Elit. Aktiviti diadakan semasa matapelajaran Bahasa Melayu iaitu pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
Perjumpaan pertama diisi dengan sesi suai kenal di antara Mentor dan Mentee. Di antara bimbingan yang dilaksanakan oleh para Mentor adalah membimbing murid-murid iaitu Mentee daripada kelas kategori lemah ini mengisi maklumat diri, membimbing dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dari segi penguasaan pembacaan dan pemahaman menggunakan buku teks. Para Mentee memberi kerjasama yang baik terhadap Mentor mereka walaupun para Mentor merupakan murid Tahun 4 dan Tahun 5. Memandangkan para Mentee terdiri daripada murid kategori lemah, maka Mentor member penekanan terhadap penguasaan membaca di kalangan murid.
Secara ringkas Program Mentor Mentee 2011 yang telah dilaksanakan telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.






No comments:
Post a Comment